haiii... lama dah tak update entry blog.... busy.... haha.. ok... taknak buang masa... taknak cakap banyak...(type bukan cakap pun) ari ni aku nak story pasal SINDROM DOWN ... apa itu sindrom down..berapa banyak jenis sindrom ni.... hahha mungkin sesetengah orang tak suka pasal entry yang BERTAJUK macam ni kan.. kan.. kan..
ok... back to the story... sebenarnya aku pun ada seorang adik yang SINDROM DOWN ni.. nak taw tak pasal adik aku ni aku banyak Belajar untuk bersabar. Sebab untuk faham apa yang dia nak tu bukan senang.... Aku pon kadang-kadang ada lah sekali dua terlepas marah dekat dia. Tapi bila orang lain yang marah dekat adik aku, memang aku pantang. 

Tapi dalam pada adik aku tu suka buat orang geram nak marah kat dia, satu sikap dia yang buat aku tak jadi nak marah bila kita marah kat dia, dia akan diam jek. Dia dengar jek apa kita cakap. Pastu slow-slow dia datang duduk dekat kita dan macam nak pujuk minta maaf la lebih kurang cuma dia tak reti nak cakap jek.... dan biasanya MAK AKU la yang dia selalu buat macam tu pun... hahha
ok la... setakat ni saja entry yang berguna buat semua dari aku....Nasihat aku kalau hangpa ada adik sindrom down, toksah lah dok buat malu sangat. Bak kata mak aku, kalau depa ni diberi pilihan, depa pon tak mintak untuk jadi macam ni.
nasihat aku kat orang yang takdak sedara mara,adik beradik yang SINDROM DOWN nasihat aku janganlah hangpa dok keji,hina budak-budak sindrom down ni. Sebab budak-budak sindrom down ni dijamin syurga. Kita ni pon belum konfem lagi masuk syurga macam depa tau... jangan dok bajet diri tu perfect sangat ok...
*p/s: gambar diatas bukan gambar adik aku ya.... adik aku hensem... hahhha ok... peace yo..!

No comments:
Post a Comment