Monday, February 28, 2011

huishhh "perasaan pakcik jer"

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""
p / s: anyone have interesting stories to be shared @ want to put forward an e-mail to kambing_crew@live.com ... all your stories contribution means a lot to me ..! tq

grrr haha!

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….
p / s: anyone have interesting stories to be shared @ want to put forward an e-mail to kambing_crew@live.com ... all your stories contribution means a lot to me ..! tq